KEDATANGAN KAUM INDIA KE
TANAH MELAYU
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum india tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Kaum india telah mula datang ke tanah melayu sejak dari pembukaan selat melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang.
Pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, penjajah british mendapati india sebagai tempat mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang- ladang getah milik mereka. Mereka ingin mendapatkan buruh- buruh yang murah, patuh dan senang dikawal. Dalam tahun 1880an. Hugh low dan Frederick weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan british untuk mengimport buruh- buruh dari india dan bekerja di ladang- ladang milik mereka di tanah melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik, di antaranya terdiri daripada tamil, telugu, malayali, ceylon dan lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang- ladang adalah dari golongan tamil.
Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya ketika zaman kolonial British, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka) telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya ketika dahulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententukan.
Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.
Selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.
Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang. Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990).
Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta pada tahun (2006) menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal, bagi tujuan melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran untuk mengikuti kursus jangka pendek di Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga diberi sebenyak RM100 sebulan. Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar.
KESIMPULAN
Kaum india telah mempunyai hubungan dengan tanah melayu sejak dari abad ke15 dan mereka datang adalah untuk tujuan perdagangan. Selepas pihak british menjajah tanah melayu maka wujud pelbagai kegiatan ekonomi secara besar- besaran di antaranya ialah industri getah. Kaum india mula datang ke tanah melayu secara beramai- ramai seiringan dengan perkembangan industri getah. Kebanyakan daripada mereka datang untuk bekerja sebagai buruh di estet- estet getah kepunyaan british. Ini adalah kerana pada masa itu tanah melayu tidak mempunyai pekerja yang mencukupi untuk bekerja di ladang- ladang getah. Mereka datang untuk satu tempoh yang ditetapkan dan kemudian pulang ke tanah air mereka. Walau bagaimanapun, selepas tamat Perang Dunia Kedua, kebanyakan daripada mereka terus menetap di kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada hari ini, kaum india adalah kaum ketiga terbesar di malaysia selepas melayu dan cina. Oleh kerena dasar pemerintah british yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, ketiga- tiga kaum ini terpisah dari segi ekonomi mereka. Kerajaan sedar perlunya campur tangan dalam ekonomi negara menyebabkan perlaksanaan
Dasar Ekonomi Baru bagi tujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
DULU


.jpg)
No comments:
Post a Comment